VIRAL
Enam Tahun Bercinta, Pempengaruh Indonesia, Audinna Dedah Kekasih Curang Dengan Rakan Sekerja, Warganet Simpati – ‘Lelaki Rugi Besar, Dia Lagi Cantik…”
Tular di platform X baru-baru ini apabila seorang pempengaruh terkenal dari Indonesia, Salsabilla Audinna, tampil mendedahkan kisah kecurangan kekasihnya yang dikenali sebagai Arief Meivio Bahari.
Menerusi pendedahan di laman Instagram miliknya, Audinna mendakwa teman lelakinya berlaku curang dengan rakan sekerja selepas hampir enam tahun menjalinkan hubungan cinta.

“Teman lelaki saya yang hampir enam tahun bersama saya curang dengan rakan sekerjanya :-) Katanya, sudah beberapa bulan!
“Kami berada dalam hubungan yang nyata dan serius. Dari pihak saya, semuanya baik-baik saja. Jauh daripada sempurna, tentu sahaja, tetapi saya selalu ingin berkembang bersamanya kerana saya percaya dia adalah lelaki yang baik untuk saya dan keluarga saya.
“Dia tidak merokok, tidak minum, bahkan tidak pernah berkata kasar atau bersumpah. Tapi saya adalah antara insan malang yang dikhianati selepas hampir enam tahun bersama,” tulisnya.
Difahamkan, Audinna mendapat petunjuk mengenai kecurangan tersebut selepas nalurinya terdetik untuk memeriksa aplikasi WhatsApp milik kekasihnya buat pertama kali dalam beberapa tahun.
“Dia baru sahaja menghantar saya pulang selepas kami keluar ke pusat beli-belah. Dia benar-benar menyuruh saya buka WhatsApp-nya. Untuk pertama kalinya dalam beberapa tahun, saya buka mesej yang diarkibkannya… hanya mengikut naluri.
“Saya sudah lama ada naluri itu… Tapi saya tidak pernah periksa. Mungkin kerana saya mahu percaya padanya. Tapi dengan cara Allah… semuanya ditunjukkan malam itu.
“Saya dengar kata maaf mungkin seribu kali hanya malam ini, selepas saya berjaya kantoi kan dia” ujarnya.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut memberitahu bahawa dia sedang berusaha menjadi pasangan lebih baik dan mereka baru sahaja berbincang tentang soal mendidik anak dua malam sebelum itu.
“Sejujurnya, dalam beberapa bulan terakhir ini saya sudah mempersiapkan diri menjadi pasangan yang lebih baik untuknya. Bahkan dua malam lalu, kami berbicara tentang gaya keibubapaan :-) Dan hari ini… Allah berikan saya jalan keluar,” katanya.
Walaupun kecewa dan terluka, Audinna mengakui dirinya akan bangkit dan terus melangkah ke hadapan.
“Sakitnya… Tapi saya tahu saya akan baik-baik saja. Bukan kerana saya tidak terluka, tetapi kerana saya belajar untuk tetap berdiri meskipun saya merasa kecil.
“Saya tidak selemah yang saya takuti. Tapi saya juga tidak berpura-pura tidak terluka. Ini hanya satu bab… bukan keseluruhan cerita. Dan saya akan terus melangkah ke depan, satu langkah yang lembut tetapi mantap, satu demi satu," tambahnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen di X, ramai netizen yang meluahkan rasa simpati dan memberikan sokongan terhadap Audinna.
Hasil siasatan warganet, gambar wanita yang didakwa sebagai rakan sekerja yang menjadi skandal Arief turut tersebar.
“Audinna jauh lebih cantik. Lelaki tu rugi besar.
“Lelaki nak apa? Cantik macam ni pun kena curang.
“Dah la setia enam tahun, cantik pun kalah. Lelaki ni memang tak tahu bersyukur,” komen beberapa netizen.
Must-Watch Video