Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Encik Azri Tahu Tak Beza Specialist Dengan Houseman? - Lapan Jawapan Dr. Amalina Bidas Live FB Papagomo

Badrul Hashim 24/03/2020 | 09:52 MYT
Beberapa hari lalu, agak kecoh di media sosial apabila Dr. Amalina Bakri dikatakan menyangkal kenyataan Menteri kesihatan, Dr. Adham Baba, yang menggalakkan orang ramai supaya minum air panas bagi menghalang jangkitan Covid- 19.
Dr. Amalina kemudiannya memberikan kenyataan daripada Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mengenai minum air, namun ada segelintir yang mempolitikkan apa yang dikatakan oleh Dr. Amalina.
Terkini, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo membuat satu Live di Laman Facebook dan mendakwa Dr. Amalina masih muda, serta tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kes seperti Covid- 19.
Tidak mahu isu tersebut terus dipolitikkan oleh segelintir pihak, Dr. Amalina tampil di Twitter miliknya dan memberikan lapan perkara yang perlu diketahui oleh Azri.
"En Azri, terlebih dahulu saya mahu minta jangan politikkan isu kesihatan. Kedua, umur saya 33 tahun, bukan 20 lebih. Ketiga, saya bekerja sebagai Specialist Registrar bukan doktor praktikal. Encik Azri tahu tak beza specialist dengan houseman?
"Keempat, saya bekerja di hospital dan merawat pesakit COVID-19 di tempat kerja saya. Tak perlu rasanya saya hendak tunjuk CV atau membandingkan siapa yang mempunyai lebih pengalaman.
"Kelima, etika doktor perubatan mengatakan kami perlu mengikut evidence-based medicine apabila memberi kenyataan.
"Keenam, kenyataan yang saya buat bukan saya buat sendiri tetapi ia adalah saranan WHO dan daripada pakar-pakar virologi dan mikrobiologi dari seluruh dunia," tulis Dr. Amalina.
Dr. Amalina turut membidas Azri dengan memberikan contoh doktor Malaysia lainnya seperti Dr. Rafidah Abdullah dan Dr Imelda Balchin yang juga memberi kenyataan sama tentang meminum air.
"Mereka mempunyai berpuluh tahun pengalaman. Adakah pendapat mereka tidak valid juga? Kenapa tidak tag mereka di sini?
"Ketujuh, cukup-cukuplah anda dan rakan-rakan anda tag saya di sini, please move on.
"Kelapan, saya tidak kata pun tak payah minum air, saya sudah cakap minum air itu bagus untuk hidrasi. Tapi saya cuma betulkan fakta sahaja," tulis Dr. Amalina lagi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dr. Amalina meminta supaya perkara tersebut tidak dipanjangkan dan dipolitikkan lagi kerana masih banyak perkara yang lebih penting perlu dihadapi ketika ini.
Perkongsian Dr. Amalina tersebut mendapat hampir 33,000 Retweet, lebih 25,000 Likes dan lebih 1,000 komen.
#Dr Amalina Bakri #Covid- 19
;