Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Enggan Belikan Americano Panas & Telur Untuk Bos, Pekerja Dipecat Tanpa Sebarang Pampasan

Asyraf Roslan
28/09/2024 01:55 MYT
Seorang wanita di Shanghai, China dipecat selepas enggan membelikan sarapan untuk bosnya.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh mangsa yang dikenali sebagai Lou di platform Xiaohongshu.

Menurut Lou, penyelianya telah meminta agar dia membawakan kopi americano panas dan telur setiap pagi serta harus menyiapkan sebotol air untuk dia minum sepanjang hari.

Tidak puas hati dengan tindakan itu, Lou yang baru sahaja bekerja dengan institusi pendidikan berkenaan cuba membuat aduan mengenai permintaan tidak munasabah itu di dalam kumpulan sembang kerja tetapi lain yang jadi.

Lou telah ditegur oleh pentadbir kumpulan tersebut dan dipecat oleh jabatan sumber manusia tanpa sebarang pampasan.

Selepas Lou membuat perkongsian di platform social media, syarikat berkenaan mendapat banyak kecaman daripada netizen.

Akibat daripada keceman tersebut, institusi berkenaan telah bersetuju untuk mengambil Lou kembali bekerja dengan syarikat terbabit.

Sumber: SCMP

#Bos #Sarapan #Telur #Dipecat #Americano
;