HIBURAN

Enggan Gugurkan Anak Luar Nikah, Erika Carlina: “Saya Tak Nak Bunuh Anak Ini”

Maliah Surip 20/07/2025 | 07:55 MYT
Pengakuan Erika Carlina mengenai dirinya kini hamil luar nikah masih menjadi perbualan hangat. Sementelah bintang filem Pengantin Setan itu juga merahsiakan identiti lelaki yang telah membuat dirinya hamil.

Sebaliknya, Erika lebih senang bercakap dan memberi fokus terhadap dirinya dalam fasa kehamilannya yang sudah masuk sembilan bulan.

Bakal melahirkan pada bulan Ogos, Erika memberitahu dia enggan menggugurkan kandungannya kerana sudah banyak dosa dan tidak mahu menyesal di kemudian hari.

“Dosa saya sudah banyak sangat. Kalau sampai saya gugurkan anak ini, saya takut akan menyesal seumur hidup.

“Dan saya tidak mahu bunuh anak ini,” katanya kepada sewaktu muncul dalam Podcast Deddy Corbuzier, lapor Viva.co.id.

Wanita yang juga merupakan seorang model itu juga mengaku sedia untuk menjalani hidup bersama anaknya sahaja kelak apabila lahir jika ‘bapa’nya tidak mahu bertanggungjawab.

“Saya hanya mahu jadi ibu yang baik kerana dunia ini keras,” katanya.

Terdahulu bintang berusia 31 tahun itu mendedahkan dirinya hamil anak luar nikah kerana ingin jujur dan tidak peduli dengan penilaian masyarakat terhadapnya.
#Viral #Anak #Indonesia #Luar Nikah #Erika Carlina