Hiburan

Enggan Jawab Panggilan Telefon & Tak Keluar Rumah, Bapa Terkejut Tak Tahu Song Joong Ki Bercerai

gempak
Mya Amri
05/07/2019
10:16 MYT
Sponsor Banner
Enggan Jawab Panggilan Telefon & Tak Keluar Rumah, Bapa Terkejut Tak Tahu Song Joong Ki Bercerai
Bapa pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki tidak mahu keluar rumah kerana terlalu terkejut dengan berita penceraian anaknya bersama Song Hye Kyo.
Difahamkan, bapa tidak tahu menahu mengenai keputusan yang dibuat oleh anak lelakinya itu.
Berita mengejut itu hanya diketahui oleh bapanya menerusi laporan media.
Sebelum mengetahui berita tersebut, bapanya masih lagi mengirimkan kiriman mesej kepada rakan-rakan untuk mempromosikan drama terbaru lakonan menantunya dan meluahkan rasa sayang terhadap pasangan tersebut.
BACA: Song Hye Kyo Dedah Personaliti Berbeza Punca Penceraian
Menurut sumber, selepas mengetahui berita tersebut, bapa Joong Ki enggan mengangkat atau menjawab sebarang panggilan telefon mahupun meninggalkan rumahnya.
Terdahulu, Song Joong Ki telah memfailkan penceraian terhadap Song Hye Kyo pada 27 Jun lalu dan berita itu ternyata mengejutkan peminat mereka di seluruh dunia.
Pasangan yang dikenali sebagai Song Song Couple ini telah berkahwin pada 31 Oktober 2017.
BACA: “Maaf, Saya Dah Buat Keputusan Untuk Bercerai Dengan Song Hye Kyo” - Song Joong Ki
Sumber: Allkpop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live