"Engkau Semua Nak Rampas! Lepas Tu ..." - Peminat Serang Nabila Razali, Tuduh B****

Amri Hassan
Disember 17, 2018 05:44 MYT
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali diserang pengguna fanatik yang menuduhnya perampas.
Menerusi paparan skrin yang dimuat naik di laman sosial Twitter, Nabila turut dituduh b****.
"Woi, engkau semua nak rampas. Khai Bahar pun engkau rampas dari Wany Hasrita. B****! Lepas tu nak rapat dengan semua artis,' tulis pengguna tersebut.

? pic.twitter.com/w1ZHxxxGfM

— Pematah Hati (@_nabilarazali) December 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nabila bagaimanapun menutup identiti pengguna itu dan hanya memuat naik paparan skrin bersama emoji sedih.
Situasi itu mendapat perhatian peminat penyanyi lagu Pematah Hati itu dan menyifatkan tindakan pengguna itu kurang matang.
Malah, ramai yang masih menyokong Nabila dan menasihati agar penyanyi itu memandang ke hadapan dan endahkan kata-kata negatif sedemikian.
Bertabahlah Nabila!
#Penyanyi #Viral #Penyanyi #Viral #Nabila Razali