"Enjoy Your 16 Days Without Me" - Andi Bernadee Tunai Umrah

Asraf Aided
Januari 17, 2019 09:32 MYT
Penyanyi dan bintang program Big Stage, Andi Bernadee kini berada di tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
Andi telah mengumumkan keberangkatannya ke tanah suci itu menerusi akaun Instagramnya dua hari lalu.
"I know you will be just fine, enjoy your 16 days without me, signing off now, bye," tulisnya sebagai kapsyen.
Terbaru, Andi telah memuat naik foto dan video yang dirakam di beberapa tempat di Mekah untuk dikongsikan bersama peminatnya hari ini.
Dalam perkembangan lain, muzik video single terbaru Andi berjudul Satu Peluang tercalon dalam Top 5 kategori Muzik Video Paling Lit di Era Digital Muzik Awards 2018 yang akan berlangsung pada 25 Januari ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai EDMA 2018 ini, sila ikuti laman sosial ERA di Facebook, Instagram, Twitter dan layari www.era.je.
#Andi Bernadee