Hiburan
"Enough Lah Ye Bakul Sampahkan Semua PU" - PU Rahmat 'Meroyan' Bila Ramai Guna Nama Pena 'PU' Untuk ...
Pendakwah bebas PU Rahmat Ikhsan meluahkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang sewenang-wenangnya menggunakan nama 'PU' di media sosial ke arah keburukan.
Terpalit dengan tempias negatif pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab untuk memburuk-burukkan gelaran Pencetus Ummah, PU Rahmat akui turut terkesan dengan beberapa insiden sebenar membabitkan pendakwah bebas sepertinya.
"Aku tau ramai yang tukar nama pena atau nama Twitter dgn letak PU dekat depan sebab nak menganjing PU Abu sebelum ni.
"Aku tak kisah sangat sebab title PU ni bukanlah bernilai disisi Allah. Cuma sampai bila nak menunggang nama PU untuk keluarkan statement dan viral," tulisnya menerusi akaun Twitternya baru-baru ini.
PU Rahmat menyelar tindakan individu yang menggunakan nama PU Jamal untuk menulis kenyataan sendiri yang kurang cerdik.Aku tau ramai y tukar nama pena atau nama Twitter dgn letak PU dekat depan sebab nak menganjing PU Abu sebelum ni. Aku tak kisah sangat sebab title PU ni bukanlah bernilai disisi Allah. Cuma sampai bila nak menunggang nama PU utk keluarkan statement dan viral.Mcm PU Jamal ni— PU Rahmat Ikhsan (@pu_rahmat) July 7, 2019
"Kau buat statement tak cerdik kemudian orang bash kau sebab perangai hodoh.
"Last-last dengan aku kena tempias . Udahlah kes PU Abu tak selesai sekarang ada lagi PU2 yang datang dari mana.
"Adoy penat aku nak jawab. Keluarkanlah pendapat kau sendiri dengan berdiri atas kredibiliti sendiri," tambahnya.
Dalam Tweet yang viral, pengguna dengan nama PU Jamal menyatakan pandangan terhadap golongan wanita yang tidak seharusnya bekerja apabila sudah berkahwin.Kau buat statement tak cerdik kemudian orang bash kau sebab perangai hodoh. Last2 dengan aku kena tempias . Udahlah kes PU Abu x selesai skang ada lagi PU2 yang datang dari mana . Adoy penat aku nak jawap . Keluarkanlah pendapat kau sendiri dengan berdiri ats kredibiliti sendiri pic.twitter.com/2LbrpiNEC3— PU Rahmat Ikhsan (@pu_rahmat) July 7, 2019
"Kalau kau kata Jamal ni nak menganjing je para ustaz yang nak isteri mereka jadi hamba Suri rumah . Fine aku ok je. Tapi again guna kredibiliti sendiri.
"Aku ok je kalau bini aku nak kerja atau nak suh aku jd suri rumah . Bukan semua ustaz mcm y kalian fikir.
"Seperti mana ada doktor perangai pelik sokong anti vaksin dan kita tak setuju doktor begini.
"Begitu juga ada Ustaz yang perangai pelik. So enough la ye bakul sampahkan semua PU. Ok done meroyan," tulis PU Rahmat lagi.
Must-Watch Video