Hiburan
"Entah Kenapa Kali Ni Mereka Berubah Hati" - Amy Mastura Tersentuh Apabila Pertama Kali Berduet Bersama....
Penyanyi Amy Mastura, 48, tersentuh apabila kedua-dua anaknya sudi berkongsi pentas untuk berduet bersamanya ketika menjayakan showcase Amy Mastura Fan Club (AMFC) di Kota Damansara, Sabtu lalu.
Menurut Amy, dua cahaya matanya itu sebelum ini tidak pernah mahu menyanyi bersama pada mana-mana acara.
"Namun entah kenapa, kali ni mereka berubah hati.
“Tak pasti kenapa mereka bersetuju menyanyi dengan saya. Ini kali pertama dan saya sangat tersentuh serta terharu,” katanya.
Pada showcase berkenaan, Amy menyanyikan lagu Kasih Suci bersama Adriana disusuli lagu Kasihku bersama Adalia.
Sementara itu, ditanya sama ada penyanyi tersebut mengizinkan kedua-dua anaknya mengikuti jejak langkahnya sebagai penyanyi. Amy menegaskan dia langsung tidak menghalang perkara berkenaan.
“Saya orang yang sangat terbuka. Zaman sekarang, siapa sahaja boleh jadi penyanyi.
“Hendak jadi penyanyi sekarang tidak sukar. Cuma mahu menonjol itu yang mencabar, bergantung kepada rezeki,” katanya.
Untuk rekod, Amy dan suaminya Alvin Tham Suffian telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2000.
Hasil perkahwinan itu, Amy dikurniakan dua cahaya mata Adriana, 18 tahun, dan Adalia, 15 tahun.