Hiburan
"Entah Siapa Buat Budaya Ni" - Pertikai Peminat Hujan Menari 'Mosh' , Gadis Ini Dikecam Hebat!
Gara-gara mempersoalkan peminat yang melakukan 'mosh' ketika persembahan kumpulan Hujan di sebuah pasar, seorang gadis menerima kecaman hebat netizen di media sosial.
Menerusi satu posting di Twitter, gadis tersebut meluahkan pendapatnya yang kecewa apabila peminat masih melakukan gaya sebegitu walaupun di hadapan orang ramai.
"Malas pergi gig sebab sesetengah peminat hujan yang macam ni.
"Habis rosak permaidani dan konsert tu berlangsung dekat ground floor je kot. Tempat awam dan ada keluarga tengok lepas tu nak mosh macam ni.
"Dulu tak ada peminat macam ni, sekarang entah siapa buat budaya ni," katanya.
Malas pergi gig sebab few fans hujan yang macam ni. Habis rosak those carpet & it was held dekat ground floor mall je kot?! Public space & ada juga family tengok pastu nak mosh mcmni. Dulu takde fans mcmni, sekarang tah sape2 create culture bodoh ni pic.twitter.com/aj7x6ig2wP— ALYA (@AlyaMahyadin) January 20, 2020
Rentetan daripada posting itu, gadis berkenaan dikecam oleh sesetengah peminat yang tidak puas hati.
Rata-rata mereka menganggap ia satu perkara yang normal jika menyaksikan persembahan kumpulan 'underground', apatah lagi seperti Hujan.
Anda boleh lihat antara pendapat yang diluahkan mereka di bawah.
Untuk pengetahuan anda, 'mosh' merupakan satu tarian yang dilakukan beramai-ramai sambil menolak sesama sendiri.
Tahap agresif sesuatu 'mosh' itu pula bergantung pada peminat dan genre muzik itu sendiri.
it’s hujan doh. kau expect crowd nak duduk tepi makan kuaci je ke ? hahahaha— salehway (@salehinordin) January 20, 2020
Must-Watch Video