Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Entah Siapa Buat Budaya Ni" - Pertikai Peminat Hujan Menari 'Mosh' , Gadis Ini Dikecam Hebat!

Hanafis Haris 21/01/2020 | 08:43 MYT
Gara-gara mempersoalkan peminat yang melakukan 'mosh' ketika persembahan kumpulan Hujan di sebuah pasar, seorang gadis menerima kecaman hebat netizen di media sosial.

Menerusi satu posting di Twitter, gadis tersebut meluahkan pendapatnya yang kecewa apabila peminat masih melakukan gaya sebegitu walaupun di hadapan orang ramai.

"Malas pergi gig sebab sesetengah peminat hujan yang macam ni.

"Habis rosak permaidani dan konsert tu berlangsung dekat ground floor je kot. Tempat awam dan ada keluarga tengok lepas tu nak mosh macam ni.

"Dulu tak ada peminat macam ni, sekarang entah siapa buat budaya ni," katanya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rentetan daripada posting itu, gadis berkenaan dikecam oleh sesetengah peminat yang tidak puas hati.

Rata-rata mereka menganggap ia satu perkara yang normal jika menyaksikan persembahan kumpulan 'underground', apatah lagi seperti Hujan.

Anda boleh lihat antara pendapat yang diluahkan mereka di bawah.

Untuk pengetahuan anda, 'mosh' merupakan satu tarian yang dilakukan beramai-ramai sambil menolak sesama sendiri.

Tahap agresif sesuatu 'mosh' itu pula bergantung pada peminat dan genre muzik itu sendiri.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #peminat #Viral #Hujan
;