Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Epik! Siti Nurhaliza Terpaksa Mengiakan Aliff Syukri Penyanyi Nombor 1, Siap Minta Izin - "Saya Dekat Belakang Awak Ya"

Syafiqah Jalal
05/04/2023 02:48 MYT
Usahawan berkontroversi, Datuk Seri Aliff Shukri dilihat berani bertanya terus kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sama ada mengenali dirinya atau tidak dalam ruangan komen Instagram penyanyi wanita berkenaan.

Bagaimana pun soalan itu mendapat perhatian Siti Nurhaliza yang menjawab telah mengenalinya dan berseloroh mengaku Aliff penyanyi nombor satu seperti gelaran yang usahawan itu berikan kepada dirinya sendiri.

"Cantiknya awak idola saya. Awak kenal tak saya artis nombor 1 ni?," tanya Aliff

Lalu Siti menjawab; "Mestilah kenal, awak penyanyi nombor 1 saya kat belakang awak ya,"


Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikut laman sosial itu yang terhibur dengan cara Siti melayan Aliff.

"Siti terpaksa puji Aliff tu, takut dia kecil hati. Aliff jangan perasan ya," balas salah seorang pengikug dalam ruangan komen itu.

"Adoi luculah baca komen Siti sakit luka czer saya sebab terpaksa ketawa," kata salah seorang netizen.

Aliff yang baru sahaja tular dengan video klip lagu raya terbaharunya, sering menggelarkan dirjinya sebaga penyanyi nombor satu negara sejak dia mula menceburi bidang nyanyian. Gelaran itu dikukuhkan selepas lagu yang dikeluarkan pernah menjadi trending di tangga pertama laman YouTube.
#Penyanyi #Siti Nurhaliza #Aliff Syukri #Nombor