Tayangan episod ketiga Ramadan Pertama Edi yang bersiaran malam tadi memang mencuit hati penonton.

Mana tidaknya, dengan Edi yang banyak akal mencari lokasi rahsia untuk ponteng berpuasa. Gigih betul dari bilik tidur ke bilik Pak Yayan.

Pak Yayan dah sedia dengan menu dan senarai harga. Power betul! Tapi mahal la sepinggan Indo Mee dengan telur mata harga sampai RM17.

Tak cukup dengan menantu, bapa mentua, Pak Sobri tengah 'mengayat' ustazah jiran sebelah. Tak pernah-pernah pergi hantar juadah berbuka.

Pada penghujung episod ini, boleh pula kereta Edi rosak gearbox. Sanggup ke Edi tinggal Nad dan dia pulang seorang diri? Tak sabarkan nak tahu.

Ramadan Pertama Edi merupakan sebuah naskah terbitan Gempak Original Series yang diarahkan oleh sutradara Datuk Yusry Abdul Halim dan Ezrie Gazali.

Mengisahkan tentang Edi dan Nad. Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin.

Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam.

Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist.

Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu.

Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya?

Ramadan Pertama Edi dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Redza Rosli, Mimi Lana, Datuk Aznil Nawawi, Elly Mazlein, Datin Lisa Surihani, Abon, Raja Azura dan ramai lagi.

Berdurasi selama 30 minit, Ramadan Pertama Edi bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Jika anda terlepas untuk menonton episod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian Ramadan Pertama Edi.