Episod lima drama ‘Liar’ mungkin akan mengungkai kebenaran dan penipuan memandangkan bukti aktiviti sulit Aiman akhirnya sudah ditemui.

Malah, menariknya lagi apabila Detektif Nissa turut menyedari yang dia telah menjadi mangsa Aiman.

Liar membariskan pelakon-pelakon hebat negara seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts.

Two sides, One Truth. Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan mula keluar janji temu.

Pertemuan dengan pakar bedah Aiman mengubah kehidupan Lara.

Bila pertemuan indah berubah menjadi tuduhan rogol menimbulkan pelbagai persoalan.

Namun Aiman mendakwa dia tak bersalah manakala Lara pula melancarkan serangan dalam talian terhadap Aiman. Siapa yang menipu?

Naskhah itu juga mendapat sentuhan pengarah Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.

Saksi drama premium, Liar mulai 25 Mac 2023, setiap Sabtu, bermula pukul 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go.

Manakala, Liar juga ditayangkan di Astro Ria setiap Isnin, pukul 9 malam.