,
Laman Utama

Episod Akhir Ex Aku Pontianak Malam Ini, Suraya Bertarung Dengan Bella, Malik Akhirnya Kahwin Dengan Siapa?

Azwa Rahman
23/03/2022
08:46 MYT
Sebuah drama bersiri di bawah Gempak Original Series, Ex Aku Pontianak telah menemui penonton dengan episod terakhir pada malam ini!
Drama bergenre komedi seram ini menampilkan barisan pelakon seperti Ikmal Amry, Elizabeth Tan dan Raysha Rizrose, Alicia Amin, Maya Hanum Fikhree Bakar, Nabil Zakaria dan Arwan.
Bukan itu sahaja, drama ini juga diserikan dengan pelakon handalan seperti Fatimah Abu Bakar dan Datuk Malek Noor serta penampilan nama-nama besar selaku cameo seperti Amber Chia dan pelumba negara Alex Yoong.
Dalam episod malam ini, Malik akhirnya menemui azimat yang selama ini disimpan ketat oleh Bella.
Azimat tersebut menjadi senjata untuk pemburu pontianak, Suraya bagi menamatkan riwayat Bella.
Setahun kemudian, Suraya dan Jay diundang ke majlis perkahwinan Malik. Tetapi, mereka ternampak kelibat Bella.
Dengan siapa Malik berkahwin?
Diilhamkan oleh Anwar Hadi, drama terbitan syarikat produksi Red Comm ini Shamyl Othman selaku sutradara dan sokongan panel penulis skrip yang terdiri daripada Sharmaine Othman, Suzanne Ong dan Akmal Nahar.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Ex Aku Pontianak pada, jam 9.30 malam ini secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).
Ia turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Kena Grip Kepala Dengan Elizabeth Tan Dalam MMA

gempak
10/10/2024
13:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Hiburan

Solidariti Artis Untuk Program Malaysia4Palestin

gempak
25/05/2024
06:55 MYT
Penyanyi Naim Daniel menganggap program Malaysia4Palestin merupakan satu inisiatif untuk selebriti memberi sumbangan dari segi tenaga kerja selain sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
Berita

Saluran Malaysia4Palestine Ketengah Krisis Kemanusiaan Di Palestin

gempak
24/05/2024
09:55 MYT
Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin.
Hiburan

Sheriff: Syafiq Yusof Dedah Sisi Lain Zul Ariffin - “Aku Tak Jangka, Dia Buat…”

gempak
22/05/2024
08:55 MYT
Filem Sheriff: Narko Intergriti kini mencipta satu fenomena di mana sudah mencapai kutipan RM60.5 juta selepas kurang sebulan ditayangkan di pawagam.
BorakSeeni