Episod Akhir Projek: Anchor SPM Malam Ini! Siapa Bakal Buka Mulut? Apa Nasib Aizat? Ramai Betul Predict….
03/05/2021 03:39 MYT
Malam ini segala persoalan siapakah yang bakal menjadi mangsa atau ‘kambing hitam’ kes ‘kantoi’ meniru dalam Projek: Anchor SPM bakal terjawab.
Tinggal beberapa jam saja, episod akhir Projek: Anchor SPM bakal menemui penonton.
Pastinya ketika ini ramai yang tidak senang duduk menantikan apakah yang bakal berlaku terhadap Aaidaa selepas ditahan cuba memberi jawapan kepada pelajar lelaki.
Persoalannya, siapa yang bakal menjadi ‘kambing hitam’ dalam episod akhir ini?
Adakah Aaidaa secara sukarela mendedahkan Aizat sebagai punca kes meniru berkenaan? Atau bakal ada ‘plot twist’ yang penonton tidak jangka?
Menerusi platform Twitter, rata-ratanya sudah mula membuat jangkaan mengenai apa yang bakal berlaku.
Masing-masing dilihat cuba menyelesaikan ‘puzzle’ episod akhir dengan pelbagai teori.
Selain itu, tayangan perdana episod akhir Projek: Anchor SPM yang dimuat naik di YouTube Astro Shaw malam tadi menambahkan lagi kekeliruan berkenaan.
Anda boleh lihat tayangan tersebut di bawah.
Saksikan Projek: Anchor SPM episod akhir jam 9 malam ini di Astro Citra.
Sebagai alternatif dan jika terlepas menonton, anda juga boleh saksikan Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.
Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.