Melihat daripada reaksi penonton berhubung episod enam Projek: Anchor SPM yang ditayangkan Isnin lalu, ramai yang menyifatkan ia paling dramatik dan ‘intense’ setakat ini.

Semuanya gara-gara perubahan watak Hilmi daripada pelajar baik menjadi seorang yang panas baran dan memberontak.

Namun, pengarah serta pelakon Projek: Anchor SPM mendakwa episod tujuh yang bakal ditayangkan adalah lebih ‘intense’.

Ini kerana pada episod malam ini, pelajar Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Serius episod 7 intense gila, sebab diorang akan ambil SPM," tulis pengarahnya, Razaisyam Rashid di Twitter.

Sementara itu, perkara berkenaan turut diakui pelakon Nadhir Nasar yang membawa watak Hilmi.

“Episod 6 intense ke? Tunggu minggu depan (hari ini),” katanya beberapa hari lalu.

Apapun jangan lupa saksikan Projek: Anchor SPM setiap Isnin jam 9 malam di Astro Citra.

Sebagai alternatif dan jika terlepas menonton, anda juga boleh saksikan Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.