Penyanyi Wani Hasrita bersyukur apabila berjaya meraih tiga anugerah pada Anugerah ERA Digital Muzik 2017 (ERADMA2017).
Wani berjaya memenangi anugerah Artis ERA Jaa TV Terbaik dan Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA lagu menerusi lagu Menahan Rindu yang bertahan selama 39 minggu sepanjang tahun lalu.
Penyanyi berusia 26 tahun itu turut memenangi anugerah Penyanyi Kolaborasi Terbaik ERA apabila lagu Disana Cinta Disini Rindu hasil koloborasi bersama Tajul turut menjadi pilihan pendengar.
“Alhamdulillah saya bersyukur dengan kemenangan pada malam ini dan ini permulaan yang baik untuk tahun 2018.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada peminat yang bertungkus lumus menyokong kerjaya saya selama ini.
“Mungkin tanpa mereka saya mungkin tidak akan berapa pada tahap sekarang,” katanya kepada Astro Gempak.
Sementara itu, Ara menerusi lagu Warkah juga turut diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA.
Penyanyi Hael Husaini pula memenangi kategori Lagu Viral ERA menerusi Jampi dengan menewaskan empat lagu popular lain seperti Pematah Hati, Sabar, Senyum dan Pertama Kali.
Penyanyi lagu Luluh, Khai Bahar memenangi kategori Lagu Cover Terbaik ERA. Manakala Neelofa, Fatin Afeefa dan Syafiq Kyle memenangi kategori Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 40.
Pelawak kumpulan Bocey, Achey pula memenangi anugerah Personaliti Lari Bidang Terbaik ERA.
Pemenang dipilih sepenuhnya menerusi undian peminat di laman web ERA yang dibuka sehingga 21 Januari 2018.
Acara yang kali kedua dianjurkan oleh ERA ini bersiaran secara langsung di Facebook Live radio berkenaan.
ERADMA17 yang berlangsung bermula pukul 9 malam di Galaxy Banquet Hall Sentul, pada malam Khamis telah dihoskan oleh pelawak Nabil Ahmad.
Program itu turut dimeriahkan dengan persembahan Haqiem Rosli, X Pose Band, Aiman Tino, Farah Hazel, Khai Bahar, Nabila Razali, Achey, Hael dan Virgoun.
Rozaimi Zubaidi
Fri Jan 26 2018

![[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga [FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/foto-baby-boy-sado-berat-4-03-kg-isteri-syafiq-yusof-selamat-bersalin-anak-ketiga.jpg?ext=.jpg)
[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga
Alhamdulillah...

“Jika Negara Lain Boleh Haramkan, Kenapa Kita Mesti Luluskan?” - Undang Risiko Keselamatan, CAP Saran Lato-Lato Tak Patut Dijual
Bahaya juga ya lato-lato ni.

Peraduan Gempak Most Wanted

"2023 Tahun Terbaik Untuk Luaskan Fenomena Selepas SWIPE" - ALYPH Yakin Lancar Lagu Baharu CHECK!
Check lagu baharu ALYPH berjudul CHECK!

Kahar, Kapla High Council Koyak! | Lawak Atau Koyak S2
Koyak jugak akhirnya Kahar Kapla #HighCouncil dengan wartawan tiga suku ni. Dah rangkul tengkuk, sikit lagi kena debik. #LawakAtauKoyak Saksikan High Council setiap Sabtu di Astro On Demand dan Astro Go. Anda juga boleh saksikan di Astro Ria, setiap Isnin jam 9 malam. @amir.ahnaff #ProjekHighCouncil #HighCouncil #AstroOriginals Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
_1.png?ext=.png)
Rashid Sidek Bersama MILO Bantu Golongan Memerlukan, Hasil Jualan 10,000 Pek Bantu Keluarga B40
Tahniah MILO
![[TRAILER] Derhaka Sebuah Cinta | Mega Drama [TRAILER] Derhaka Sebuah Cinta | Mega Drama](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/2008576/14278186321675857078566_640x390.jpg)
[TRAILER] Derhaka Sebuah Cinta | Mega Drama
#DerhakaSebuahCinta setiap Isnin – Khamis, 11 Malam di Astro Ria atau strim di Astro GO! Arahan: @ejumpmohd Produksi: @suhanmovies Untuk gossip dan berita layari www.gempak.com Untuk banyak lagi video, tonton di Instagram bambam_studios

Dia Yang Ku Jadikan Suami - EPISOD 4 | Part 2
Puan Anisa mengajak Nazneen untuk tinggal bersama mereka atas apa yang dah jadi disebabkan oleh anaknya. Naim pula merasa tidak senang untuk memberitahu tunangnya yang dia perlu bertanggungjawab terhadap Nazneen. Apa yang jadi selepas itu? Jom kita tengok! #diayangkujadikansuami #megadrama

Dia Yang Ku Jadikan Suami - EPISOD 4 | Part 5
Puan Anisa mengajak Nazneen untuk tinggal bersama mereka atas apa yang dah jadi disebabkan oleh anaknya. Naim pula merasa tidak senang untuk memberitahu tunangnya yang dia perlu bertanggungjawab terhadap Nazneen. Apa yang jadi selepas itu? Jom kita tengok! #diayangkujadikansuami #megadrama

Dia Yang Ku Jadikan Suami - EPISOD 4 | Part 3
Puan Anisa mengajak Nazneen untuk tinggal bersama mereka atas apa yang dah jadi disebabkan oleh anaknya. Naim pula merasa tidak senang untuk memberitahu tunangnya yang dia perlu bertanggungjawab terhadap Nazneen. Apa yang jadi selepas itu? Jom kita tengok! #diayangkujadikansuami #megadrama