Stesen radio Era berkongsi kegembiraan dalam sambutan ulang tahun ke-20 bersama anak-anak yatim di Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.

Pengurus Rangkaian Kandungan Jenama Radio Melayu Astro, Nazri Noran berkata tahun ini meraka memiih untuk menyambut ulang tahun secara bersederhana sekaligus meraikan golongan yang kurang bernasib baik.

“Selalunya setiap kali sambutan ulang tahun Era, kita akan mengadakan acara yang gah serta sebagainya.

“Tapi kali ini kita cuba pendekatan yang berbeza iaitu lebih bersederhana dengan hanya mengakadan majlis kesyukuran sekaligus meraikan anak-anak di rumah kebajikan ini.

“Namun ia bukan pertama kali kami mengadakan acara korporat di rumah kebajikan,” katanya ketika ditemui ketika sambutan ulang tahun tersebut.

Menurut Nazri lagi sempena ulang tahun ke-20, Era akan terus komited menyajikan segmen serta menghiburkan pendengar menerusi susunan lagu-lagu hits dan celoteh penyampai radio.

Majlis kesyukuran dan sambutan ulang tahun ke-20 Era turut dimeriahkan dengan kehadiran penyampai radio dan penyanyi jemputan.

Antaranya adalah Johan, Haniff, Ray, Shiha Zikir, Awi Rafael, Wani Kecik, Dadali Band, Kay Khirdir, Fad Bocey, Radin dan Dina Nadzir.

Yeayyy ! Meriahnya #BirthdayERA tahun niii ?. Kat rumah Titian Kasih Titiwangsa !

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

@jozlynnhanania lapar sgt ke tu ? ??. Tapi kek memang sedap ! #BirthdayERA

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Terima kasih korang yg support dan dengar ERA selama ni. Korang mmg TERBAIK ! #BirthdayERA

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Kalau korang mmg layan ERA letak emoji ❤️ #BirthdayERA

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Seronok tengok dorang happy dapat hadiah ? #BirthdayERA

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Meriah sgt ! Bestlahhh Rumah Titian Kasih Titiwangsa ni #BirthdayERA

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Kitorang nak cakap terima kasih jugak kat geng-geng artis yang datang dan ada juga pihak yang bagi kitorang kek & pulut kuning untuk dikongsi bersama dengan adik-adik di Rumah Titian Kaseh...❤️❤️❤️ #BirthdayERA

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Foto: IG Eraje Teks oleh: Syafiqah Jalal