Laman Utama
Eranzz Lambert Tukar Nama Jadi Shah Eranz - "Orang Keliru Saya Ni Islam Atau ..."
Penyanyi Eranzz Lambert memilih untuk menukarkan nama pentasnya kepada Shah Eranz ekoran ramai yang keliru dengan identiti dan agamanya.
Jelas Eranz, dia memilih untuk menukarkan namanya dari Eranz Lambert kepada nama sebenarnya Shah Eranz demi mengelakkan identitinya terus dipersoalkan.
"Orang keliru dia ni muslim ker tak muslim? Kadang-kadang orang tertanya-tanya saya ni muslimkah kalau nak jemput untuk menyanyi di majlis perkahwinan.
"Ramai yang mempertikaikan, sebenarnya saya suka orang guna nama pentas saya 'lambert' dengan jenaka 'lambert lagi'. Itu promosi tapi lama-kelamaan bila ramai semakin keliru, hal itu menyusahkan juga.
"Sebagai muslim sendiri, lagi-lagi bulan Ramadan nama Eranzz Lambert akan menimbulkan fitnah," katanya kepada Gempak.
Eranzz menggunakan nama Eranz Lambert dari tahun 2010 sejak pertama kali menggunakan aplikasi Facebook.
Eranzz bagaimanapun terus mengekalkan huruf Z pada nama Eranz bagi memudahkan peminat mencari namanya di platform media sosial.
"Saya nak kekalkan nama keluarga Shah dalam keluarga saya. Adik-beradik saya pun semua ada nama Shah.
"Nama asal saya Shah Eran, tapi saya terpaksa kekalkan Eranzz kerana huruf Z itu sudah digunakan di YouTube. Orang nak cari saya nanti tak dapat cari kalau buang huruf Z.
"Mula-mula tu sukar juga nak buat keputusan kerana membabitkan peminat saya di Indonesia juga, tapi saya perlu berbangga dengan nama yang ibu bapa saya beri," katanya yang masih mengekalkan konsep muzik.
Terbaharu, Eranz kini hadir dengan lagu Raya berjudul Riang Ria Lebaran yang disampaikan secara berkumpulan dengan enam penyanyi lain iaitu Ayu Damit, Bob Yusof, Asmidar, Syura Badron, Fitri Hiswady dan Aruel Ariel.
Shah Eranz atau nama sebenarnya Shah Iran Shahdan menginspirasikan nama Lambert daripada idolanya Adam Lambert.
Namanya mulai menyerlah ketika penyertai pertandingan Golden Memories Asia (GOMES) di Indonesia beberapa tahun lalu.