Erin Malek Kongsi Gambar Tidak Bertudung Di Korea, Netizen; “Doakan Yang Baik-Baik”

Shahrin Zulkifle
September 11, 2022 03:00 MYT
Pelakon Erin Malek ‘ditegur’ netizen apabila memuat naik beberapa keping gambar tidak mengenakan tudung ketika bercuti bersama keluarganya baru-baru ini.

Menerusi akaun Instagram, Erin berkongsi beberapa keping gambar ketika bercuti di Korea bersama suami dan dua orang anaknya buat tontonan umum.

Bagaimanapun, gambar tersebut mengundang cakap nakal netizen apabila Erin dilihat tidak mengenakan tudung tetapi sekadar memakai topi dan terlihat rambutnya.

Menjengah ke ruangan balas, beberapa netizen mempersoalkan adakah Erin benar-benar sudah tidak bertudung atau sebaliknya.

Malah, tidak kurang juga yang memandang dari sudut positif dan mendoakan Erin untuk terus beristiqomah.

@tiezwa: “Sekejap pakai tudung sekejap tak, huhu.”

@amieyraghazali: “Tudung mana tudung? Semoga istiqomah.”

@ruantebella: “Doakan yang baik-baik sahaja,” antara komen yang ditinggalkan wargamaya.

#Viral #Erin Malek #Tanggal Tudung