Gaya Hidup

Erkk! Burger Dengan Isi Durian & Keju Mozzarella Curi Tumpuan Netizen

gempak
Azwa Rahman
12/07/2019
10:25 MYT
Sponsor Banner
Erkk! Burger Dengan Isi Durian & Keju Mozzarella Curi Tumpuan Netizen
Bermacam menu durian yang trending di laman sosial kini… Antaranya ialah cendol durian, pizza durian, kopi durian dan yang terbaru, burger durian.
Boleh didapati di Rics Burger, Pulau Pinang, burger ini terdiri daripada roti, keju mozzarella dan bahan istimewanya, isi durian Musang King khas daripada Pulau Pinang.
Untuk menyediakannya, sejumlah isi durian dijadikan bentuk kepingan dan diisi dengan keju mozzarella dan sedikit mentega ditengahnya.
Bahan yang telah dibentuk seakan-akan kepingan daging itu dicelup di dalam adunan telur dan kemudian disaluti serbuk roti beberapa kali sebelum ia digoreng.
Sementara ia digoreng, di bahagian dapur, isi durian dimasak bersama keju mozzarella untuk dijadikan pes.
Pes durian dan keju tadi diletakkan melitupi kepingan durian yang siap dimasak untuk memperkayakan lagi rasanya.
Kemudian, barulah ia ditutupi dengan roti dan siap dihidang.
Rekaan terbaru ini rata-rata mendapat reaksi yang bercampur-baur daripada netizen. Paduan keju Mozzarella dan isi durian Musang King itu menjadikan sebiji burger ini berharga RM25.90.
Untuk makluman, Rics Burger merupakan restoran yang menyediakan makanan yang tidak halal, jadi kepada mereka yang beragama Islam, anda tidak dinasihatkan untuk mencuba hidangan ini.
Sumber foto: Penang Foodie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live