Erkk! Burger Dengan Isi Durian & Keju Mozzarella Curi Tumpuan Netizen

Azwa Rahman
Julai 12, 2019 10:25 MYT
Bermacam menu durian yang trending di laman sosial kini… Antaranya ialah cendol durian, pizza durian, kopi durian dan yang terbaru, burger durian.
Boleh didapati di Rics Burger, Pulau Pinang, burger ini terdiri daripada roti, keju mozzarella dan bahan istimewanya, isi durian Musang King khas daripada Pulau Pinang.
Untuk menyediakannya, sejumlah isi durian dijadikan bentuk kepingan dan diisi dengan keju mozzarella dan sedikit mentega ditengahnya.
Bahan yang telah dibentuk seakan-akan kepingan daging itu dicelup di dalam adunan telur dan kemudian disaluti serbuk roti beberapa kali sebelum ia digoreng.
Sementara ia digoreng, di bahagian dapur, isi durian dimasak bersama keju mozzarella untuk dijadikan pes.
Pes durian dan keju tadi diletakkan melitupi kepingan durian yang siap dimasak untuk memperkayakan lagi rasanya.
Kemudian, barulah ia ditutupi dengan roti dan siap dihidang.
Rekaan terbaru ini rata-rata mendapat reaksi yang bercampur-baur daripada netizen.

Kenot brain. Durian musang king orang guna buat burger ??‍♂️

— Ahmad Muzakkir (@muzakkirlotfi) July 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dulu dok gila letak cheese, sekarang dok gila letak durian pulak jahanammmmmm burger pun letak musang king apakah kebodohan abadi ini???

— Harvey Spectre. (@_spxctrx) July 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Burger Musang King pulak dh kt Penang. Lps ni jngn burger btukar jd makanan bangsawan sudah laa. Dibuatnya burger pon nk timbang gram lepas ni..matayyyy

— Muhammad (@zPeyi) July 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Paduan keju Mozzarella dan isi durian Musang King itu menjadikan sebiji burger ini berharga RM25.90.
Untuk makluman, Rics Burger merupakan restoran yang menyediakan makanan yang tidak halal, jadi kepada mereka yang beragama Islam, anda tidak dinasihatkan untuk mencuba hidangan ini.
Sumber foto: Penang Foodie
#Durian #Makanan #Hipster