Menerusi beberapa entri di Instagram, pelakon dan pengarah Erma Fatima telah memuatnaik gambar dan video ketika berada di tebing Menara Kuala Lumpur.

Menurut Erma, dia menyukai aktiviti tersebut kerana mahu mencabar tahap keberanian dirinya.

"Saya tak lah berminat sangat aktiviti mencabar begini, tapi sebab nak uji tahap 'macho' dalam diri.

"Memang kelengkapan keselamatan disediakan secukupnya tapi rasa gayat tetap ada!" tulisnya.

Aku taklah minat sangat edventure ni semua TAPI nak maintain macho punya pasal buat pilah...sesekali. memanglh ada safety..ada tali...tapi cuak jugak wei... seronok jugak dpt duduk tepi tebing KL Tower ni hah...jomlah...sapa nak join angkat tangan 28 Sept - 1 Oct sambil tgk international jumper terjun dari situ. Fuhhhhhh ???

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on


Aku tunggu hangpa semua mai naaa.. Jom ramai2 uji tahap macho kita... @awieofficial @aku.amysearch @ogyahmaddaud @jannanick @jozlynnhanania @zizanrazak869 @rozitachewan1 @syamsulyusoffilm ADA BERANI?

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on


Dalam pada itu, menerusi salah satu kapsyennya, Erma turut mengajak beberapa rakan artis seperti Datuk Awie, Amy Search, Fauziah Ahmad Daud, Janna Nick, Johan, Ozlynn, Zizan Razak, Rozita Che Wan dan Syamsul Yusof untuk menyertai aktiviti tersebut.