Erma Fatima Duduk Di Tebing Menara KL, Gayatnya!

Asraf Aided
September 28, 2018 10:01 MYT
Menerusi beberapa entri di Instagram, pelakon dan pengarah Erma Fatima telah memuatnaik gambar dan video ketika berada di tebing Menara Kuala Lumpur.
Menurut Erma, dia menyukai aktiviti tersebut kerana mahu mencabar tahap keberanian dirinya.
"Saya tak lah berminat sangat aktiviti mencabar begini, tapi sebab nak uji tahap 'macho' dalam diri.
"Memang kelengkapan keselamatan disediakan secukupnya tapi rasa gayat tetap ada!" tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi salah satu kapsyennya, Erma turut mengajak beberapa rakan artis seperti Datuk Awie, Amy Search, Fauziah Ahmad Daud, Janna Nick, Johan, Ozlynn, Zizan Razak, Rozita Che Wan dan Syamsul Yusof untuk menyertai aktiviti tersebut.
#Erma Fatima #Menara KL