Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Erma Fatima Mohon Maaf Guris Hati Orang Singapura Tapi Tetap Pendirian Terhadap Sarah Yasmine

Gempak
02/05/2024 11:55 MYT
Penerbit, Erma Fatima tampil memohon maaf susulan dakwaan cuba melaga-lagakan masyarakat Malaysia dan Singapura.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 56, bagaimanapun teguh dengan pendirian bahawa perbuatan wanita Singapura berusia 24 tahun itu membuka aib dan menjatuhkan maruah selebriti Malaysia.

Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya terima kalau ada yang tidak puas hati dengan kenyataan saya.

“Saya minta maaf kalau mengguris hati orang Singapura, tetapi saya tetap dengan pendirian perbuatan perempuan itu (Sarah Yasmine) menjatuhkan maruah penggiat seni dan wanita,” katanya seperti yang dilapor Kosmo! Online.

Tetap pendirian tentang Sarah Yasmine

Selain itu, Roslan turut memberitahu Erma meninggalkan pesanan melalui mesej bahawa peguamnya tidak membenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut buat masa ini.

“Salam Lan, saya minta maaf sebab peguam saya tidak benarkan saya buat apa-apa kenyataan tentang isu ini.

“Yang pasti saya tidak bermusuh dengan warga Singapura. Saya tidak suka dengan cara perempuan itu mengaibkan orang yang tiada kena mengena dalam kes Aliff.

“Tiada sebab saya mahu bermusuhan dengan orang Singapura. Saya bawa masuk Aaron Aziz dan Adi Putra ke industri ini dan mereka diterima sebab berkelakuan baik,” ujarnya lagi.

BERITA TRENDING: Berkenduri Selak Kain Artis Malaysia, Erma Fatima Mohon Sarah Yasmine Berhenti! - "Berambus Dari Malaysia"

Sebelum ini, Erma meminta Sarah pulang semula ke Singapura kerana merosakkan imej industri tanah air.

Disebabkan kelantangannya, ramai menuduh Erma bermain sentimen negara sehingga menimbulkan kemarahan warga Singapura dengan kenyataannya yang disifatkan kasar.

Terdahulu, Sarah menggegarkan industri seni negara apabila memuat naik puluhan tangkap layar perbualan WhatsApp Ruhainies dan Aliff sekali gus mendedahkan konspirasi menjatuhkan Bella serta hubungan romantis mereka.

Bukan sahaja Ruhainies, Sarah turut mengheret nama Sophia dalam pendedahannya dengan mendakwa pelakon itu masih berhubung dengan Aliff pada Mac lalu.

Sumber: Kosmo! Online

#Erma Fatima #Mohon Maaf #Malaysia #Roslan Shah #Singapura #Sarah Yasmine #Isu curang
;