Pelakon dan pengarah, Erma Fatima ceria menyambut hari jadi anak angkatnya, Citra bersama bekas suaminya, Bade Azmi.

Malah sambutan hari jadi itu turut diadakan serentak dengan dua orang anak Bade dalam perkahwinan keduanya bersama isteri yang dikenali sebagai Aida.

“Hari menebus hutang birthday anak-anak. Happy Belated Birthday Citra, Jihad dan Jaheera,” katanya.

Kakak kepada Datin Paduka Umie Aida itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Erma memuat naik foto ketika sambutan hari jadi itu diadakan. Hadir bersama adalah Aida, isteri Bade.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan selamat hari jadi kepada anak-anak mereka.

Aida menjadi isteri kedua Bade selama tiga tahun sebelum sutradara terkenal itu bercerai dengan Erma pada 17 Ogos 2017, selepas 27 tahun berkahwin.

Bade dan Aida dikurniakan sepasangan cahaya mata.

Erma dan Bade, 54, yang berkahwin pada 30 November 1991, mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 27, Ahmad Arir, 25, Ahmad Aifin, 23, Citra, 19, dan Nurain, 15.

A post shared by ermafatima (@ermafatima)