gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
ALPHA Kongsi Cabaran Hasilkan Lagu ‘Inilah Kita’ - “Kami Siapkan Dalam Masa…”
HIBURAN
“Dia Cuma Manusia Kosong Yang Takut…” - Zizi Kirana
HIBURAN
‘Repost’ Video Cara Tangani Individu Bersifat Narsistik, Akaun TikTok Anna Jobling Undang Spekulasi Ramai - “Lindungi Reputasi, Ketenangan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Erma Fatima Tegur Netizen, Minta Jangan ‘Menyibuk’ Isu Anna Jobling & Ibu Kandung - “Siapa Kita Untuk Menghukum”

Umirah Halim
Umirah Halim
12/08/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
Erma Fatima Tegur Netizen, Minta Jangan ‘Menyibuk’ Isu Anna Jobling & Ibu Kandung - “Siapa Kita Untuk Menghukum”
Pengarah dan pelakon, Erma Fatima tampil memberikan pandangan berhubung isu panas melibatkan pelakon Anna Jobling dan ibu kandungnya, Ariz Arop, yang kini menjadi bualan hangat di media sosial.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Erma memuat naik tangkap layar artikel daripada sebuah portal hiburan mengenai pertikaian antara Anna dan ibunya, sambil menitipkan pesanan supaya orang ramai tidak mudah membuat spekulasi atau menambah ‘perencah’ dalam isu keluarga orang lain.
View this post on Instagram
A post shared by ermafatima (@ermafatima)
“Isu dalam kain bukan untuk perkongsian media sosial. Ini punca siber buli. Kita mengundang berbagai spekulasi masyarakat dan akhirnya akan terbitnya kenduri kecaman. Siapa yang akan jadi mangsa?
“Netizen akan kupas isu luaran tanpa memahami apa terselindung di sebaliknya. Perbalahan emak dan anak itu biasa, tapi kalau perlakuannya luar biasa, pasti ada sesuatu yang luar biasa juga berlaku,” katanya.
Erma turut mengingatkan bahawa setiap konflik keluarga mempunyai cerita tersendiri yang hanya diketahui oleh pihak terlibat, dan bukanlah hak orang luar untuk menghukum.
“Bak kata orang, pokok tak goyang kalau tak ada angin… melainkan tangan kita sendiri yang menggoyangkannya. Banyak cerita yang aku dengar sebelum ini, isu mak ayah dengan anak bila anak dah jadi hebat dan popular.
“Tapi ada juga cerita yang aku dengar, tak semua salah anak. Kadang-kadang mak ayah yang lebih sudu dari kuah. Bukan anak yang kena kejutan budaya, mak ayah yang culture shock. Itu pun ada. Jadi kes Anna ni, siapa kita untuk menghukum? Hanya mereka sahaja yang tahu kebenarannya. Wallahualam.
“Jadi korang tak payahlah menyebok, campur tambah garam gula lagi. Aku simbah cuka nanti baru tahu,” tulisnya.
Terdahulu, tular rakaman video di mana Ariz mendakwa dirinya dilayan dengan hina oleh Anna, termasuk menggelar dirinya seperti ‘anjing kurap’ dan mendakwa dihalau keluar dari kereta oleh peguam anaknya.
Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen. Difahamkan, ibu kepada pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu mendakwa Anna tergamak melakukan perintah injunksi terhadapnya.
Topic Berkaitan
#Erma Fatima
#Anna
#Ibu Kandung
#Jobling
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement