Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Ernie & Syamel Lancar Single Duet Kedua, Takkan Terlerai

Badrul Hashim
11/04/2019 18:01 MYT
Teman tapi mesra, Ernie Zakri dan Syamel baru sahaja melancarkan single duet mereka yang kedua bertajuk Takkan Terlerai tepat jam 12 malam tadi.

Lagu ciptaan Sharon Paul dan liriknya ditulis oleh Fedtri Yahya ini merupakan single duet kedua mereka selepas lagu Aku Cinta yang telah memenangi vokal terbaik untuk mereka pada Anugerah Juara Lagu ke32.

Kejap je lagi jam 12.00 tengah malam. Nanti dengar di iTunes , Apple Music , Spotify, Joox, Deezer & KKBOX. Bismillahirrahmanirrahim @sharonpaul_msia @fedtriyahya #rocketfuelent #syamel #erniezakri #takkanterlerai #takkanterlerai

A post shared by #kaupunsama *NEW SINGLE* (@syamel_official) on


Kedua-dua mereka dipertemukan dalam program realiti Duo Star terbitan Astro yang menyaksikan mereka berjaya menjadi juara. Sejak program tersebut, mereka semakin akrab.

Keakraban mereka sering dikaitkan peminat sebagai sedang bercinta tapi tidak ada pengakuan daripada mereka berdua.

Lagu Takkan Terlerai kini sudah boleh didapati di iTunes, Apple Music, Spotify, Joox, Deezer dan KKBOX.

Kredit Gambar: Instagram
#Syamel #Ernie Zakri #Lagu baru
;