,
Laman Utama

Ernie & Syamel Sertai Konsert Patah Hati 2.0, Bunkface Pula Terpaksa Undur Diri

Maliah Surip
28/10/2023
11:50 MYT
Atas permintaan ramai, penyanyi handalan, Ernie Zakri akan membuat kemunculan semula dalam Konsert Patah Hati 2.0 yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 23 November ini.
Lebih menarik lagi, Ernie akan turut ditemani pasangan duetnya yang ideal yang juga suaminya, Syamel.
Perkara ini telah disahkan oleh penganjur, ANS Diversified Sdn Bhd, hari ini selepas Ernie &, Syamel bersetuju menandatangani kontrak, baru-baru ini.
"Berita baik buat semua peminat Ernie & Syamel kerana mereka berdua akhirnya bersetuju menyertai Konsert Patah Hati 2.0 kerana Ernie baru saja selesai rakaman album penuhnya, Aura.
"Sebelum ini Ernie tidak dapat memberikan kepastian kerana jadualnya terlalu padat. Namun atas permintaan ramai peminat daripada Konsert Patah Hati yg pertama dulu dan kebetulan Ernie telah selesai rakaman album penuhnya, maka dapatlah dia terbabit kembali dengan Konsert Patah Hati 2.0. Lebih menarik, kami turut mengundang Syamel bersama-sama," kata Pengarah Konsert, Ahmad Faizal Zulkifli.
Di sebalik berita gembira penambahan artis yang bakal beraksi pada 23 November ini, Faizal berkata pihaknya dimaklumkan bahawa kumpulan Bunkface pula terpaksa mengundurkan diri daripada Konsert Patah Hati 2.0 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
"Pihak kami memohon jutaan maaf kepada semua peminat di atas apa yang berlaku kerana ia sangat di luar jangkaan.
“Pun begitu Konsert Patah Hati 2.0 tetap diteruskan juga dengan menampilkan artis lain yang telah bersetuju iaitu Naim Daniel, Aisha Retno, Nadeera, Neeta, Ismail Izzani serta Ernie Zakri & Syamel," katanya.
Mengenai konsert sekuel Patah Hati 2.0, Faizal berkata, ia mendapat sokongan Dana Kandungan Digital (DKD) Persembahan Muzik daripada Kementerian Komunikasi Dan Digital Malaysia melalui MyCreative Ventures, bakal menonjolkan tema Neon bagi menyemarakkan lagi suasana pada malam persembahan itu nanti.
“Tema Neon dipilih kerana ia menggambarkan cahaya indah, kepelbagaian rona serta keunikan genre-genre muzik yang ditonjolkan artis dalam konsert kali ini,” katanya.
Tiket-tiket Konsert Patah Hati 2.0 kini masih dibuka dengan tawaran istimewa 50% boleh didapati di laman sesawang www.ticket2u.com.my.
Berikut adalah harga tiket terkini:
RM99 (Malam Ini Kita Punya) RM135 (Luar Biasa Sakit) RM149 (Purnama) RM2,999 (VIP Box)

BERITA TRENDING: “Thank You So Much Sayang…” - Ernie Zakri Tak Sangka Dapat Tonton Konsert Beyonce, Paling Special Pergi...

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”

gempak
24/08/2024
00:56 MYT
Penyanyi, Syamel tidak akan menghalang minat dan keinginan anak perempuannya, Nur Khawla Soleha mengikut jejak langkahnya bersama isteri, Ernie Zakri untuk terjun ke industri seni hiburan suatu hari nanti.
Hiburan

Penampilan Makin ‘Berbeza’, Syamel Nafi Buat Pembedahan Plastik - “Itu Tidak Betul..”

gempak
23/08/2024
00:55 MYT
Gara-gara penampilan terbarunya yang menyaksikan dia kelihatan amat ‘berbeza’ berbanding ketika awal kemunculan dalam industri, ramai warganet yang mengusik penyanyi, Syamel.
Hiburan

Isteri Didakwa Berbadan Dua? Ini Respons Syamel - “Kalau Ada Rezeki..”

gempak
21/08/2024
08:55 MYT
Penyanyi Syamel tampil menjawab dakwaan yang bertebaran di media sosial mengenai isterinya, Ernie Zakri kini sedang berbadan dua.
Hiburan

Takut Terjebak Isu Penyondol, Ini Cara Syamel Jaga Rumah Tangga Bersama Ernie Zakri!

gempak
14/03/2024
00:55 MYT
Syamel sentiasa berwaspada
Hiburan

Dituduh Berskandal Isteri Orang, Anwar Amzah Tampil Bela Diri

gempak
30/01/2024
04:55 MYT
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, Anwar mendedahkan yang dia menerima DM yang menuduhnya mempunyai hubungan terlarang dengan rakan artis, penyanyi Ernie Zakri