Laman Utama

Ernie Zakri Akui Terjejas Ketika PKP

gempak
Syafiqah Jalal
13/02/2021
10:49 MYT
Sponsor Banner
Ernie Zakri Akui Terjejas Ketika PKP
Penyanyi Ernie Zakri mengakui kerjaya seninya sedikit terjejas ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Namun Ernie bersyukur apabila dipanggil untuk menyertai Konsert Virtual, ITSU 360 Care U bersama barisan artis popular pada 20 Februari ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur di atas usaha mereka untuk mengadakan konsert dalam fasa yang sukar ini.
“Saya akui turut terjejas ketika tempoh PKP ini dan aktiviti seni juga terbatas. Kini bila diberi peluang ini saya rasa sudah tiba masa saya berhibur dan dalam masa yang sama memberi kepada yang yang memerlukan.
“Saya juga tidak sabar berjumpa dengan rakan artis lain yang sudah lama saya rindui,” katanya kepada Astro Gempak.
Erni berkata kepada Astro Gempak dalam satu sidang media virtual untuk Konsert Virtual, ITSU 360 Care U bersama media lain kelmarin.
Konsert virtual, ITSU 360 Care U akan distrim secara langsung dari Mega Star Arena, pukul 8 malam pada 20 Februari ini.
Selain Erni konsert tersebut bakal menampilkan artis tempatan terkenal iaitu Ella Aminuddin, Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Naim Daniel, Ariff Bahran, Dolla dan Syamel.
Konsert ini menggunakan kamera 360-darjah yang unik dan pertama kali diperkenalkan di Malaysia berbekalkan hasrat untuk menghiburkan orang ramai di kala pandemik Covid-19.
Penonton boleh menonton konsert secara langsung ini menerusi laman YouTube ITSU MY, Facebook ITSU WORLD, Facebook ITSU Indonesia, Facebook Amazing Creative Group, Facebook HK ATV, Facebook Star Planet dan juga Bigo Live App. Namun begitu, efek kamera 360-darjah hanya boleh dinikmati di laman YouTube ITSU MY sahaja.
Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu para pejuang barisan hadapan yang terkesan teruk dengan situasi pandemik ini. Jumlah yang disasarkan adalah sebanyak RM500,000.
Orang ramai boleh menderma dengan mengimbas kod QR Touch n Go ewallet yang akan dipaparkan semasa siaran langsung konsert tersebut. Konsert ini diharap dapat menggalakkan orang ramai kekal tinggal di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Pengarah Jualan Serantau dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat ITSU, Deric Mun Hoong Kit, berkata Konsert maya secara langsung ITSU 360 Care U adalah kombinasi pelancaran kempen baharu ITSU 360 dan konsert amal.
“Ia boleh disaksikan dengan percuma oleh semua. Kempen ini bertujuan untuk menyebarkan perasaan prihatin dan penyayang di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya untuk pejuang barisan hadapan,” katanya.
Konsert ini akan menampilkan sebuah lagu ikonik dwi-bahasa – Standing In The Eyes Of The World yang bakal didendangkan oleh penyanyi asalnya, ratu rock Malaysia, Ella.
Lagu ini digubah oleh Datuk Wah Idris, graduan Berklee College of Music, Boston, lirik ditulis oleh Datuk Habsah Hassan, dan penyanyi utama kumpulan Bread, David Gates. Ia telah dirakamkan oleh Ella bagi Temasya Sukan Komanwel 1998.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman-laman Facebook ITSU WORLD, ITSU Indonesia, Amazing Creative Group, Star Planet dan Bigo Live App.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live