Ernie Zakri Janjikan Kejutan, Harap Penonton Selesa Bergaya Dengan Tema ‘Dress To Impress’ – “Yang Paling Penting Jangan Ganggu…”
Persiapan Hampir Lengkap
Pemilik nama lengkap Nur Ernie Shahirah Zakri itu turut memaklumkan persiapan konsert anjuran SAH Entertainment itu sudah hampir lengkap.
“Idea semuanya sudah selesai tapi apa yang perlu direalisasikan di atas pentas belum tengok lagi. Persiapan kini dalam 70 peratus. Selebihnya semuanya di atas pentas.
“Doakanlah, banyak sangat perkara yang menarik yang akan terjadi di atas pentas,” katanya kepada Gempak.
Janjikan Kejutan Buat Penonton
Pelantun lagu hits Jangan Marah itu turut menjanjikan kejutan buat semua penonton yang hadir terutama kelab peminatnya, Ernienators.
“Peminat-peminat saya pasti tahu apa yang mereka boleh jangka dalam setiap persembahan saya, ada beberapa momen-momen yang saya mahu mereka kenang pada malam itu.
“Banyak lagu-lagu spesial yang mungkin peminat baharu akan dengar juga,” ujarnya lagi.
Harap Selesa Bergaya Ikut Tema
Mengulas mengenai tema pakaian pada konsert itu nanti, pemenang trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) pada Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) itu berharap semua dapat bergaya dengan selesa.
“Saya harap semua yang hadir nak impress itu boleh tapi asalkan selesa juga untuk semua duduk.
“Apa-apa pun mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing,” katanya.