Penyanyi Ernie Zakri tidak menafikan atau mengesahkan dirinya dan Syamel bakal bernikah pada Jumaat ini (26 Mac 2021).
Saat ditemui Gempak petang tadi, Ernie beberapa kali menegaskan tidak berniat untuk menyembunyikan atau merahsiakan khabar baik terutama mengenai majlis pernikahan mereka, namun dia dan Syamel sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengumunkan perkara itu.
"Semuanya masih dalam perancangan setakat ini, saya dan Syamel sedang menunggu masa untuk betul-betul mengumumkan perkara ini.
"Tiada istilah menyorok atau apa sahaja, dulu mungkin kami diamkan mengenai hubungan kami sebab mahu bertunang saja.
"Tapi bab kahwin ini perkara baik, saya harapkan doa yang baik-baik daripada semua," kata pemilik Vokal Terbaik Juara Lagu ini.
Dalam pada itu, Ernie juga menegaskan bahawa tiada istilah desas desus mengenai perkahwinan mereka.
"Tiada istilah desas desus, perkara ini tak perlu disorok pun, cuma kami hanya tunggu masa yang sesuai untuk umumkan.
Diminta kata putus sama ada mereka akan naik pelamin sekitar minggu ini atau tidak, Ernie enggan mengulas lanjut.
"Saya tak boleh beritahu," jawabnya ringkas sambil tertawa.
Sementara itu, menurut satu sumber, pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi pada awal April mendatang.
Terdahulu, pasangan penyanyi itu mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2020 dalam sebuah majlis yang berlangsung di kediaman Ernie.
Instagram: @erniezakri
Asraf Aided
Wed Mar 24 2021


“Komen Itu Ganggu Mental” - Emosi Niezam Zaidi Terganggu, Mahu Lupakan Detik Hitam & Cari Ketenangan
Dasyatnya komen netizen, kadang takut tengok.

“Saya Tutup Komen Bukan Bermaksud Saya Takut Atau Kalah” - Elyana Akui Mahu Letak Batas Di Media Sosial
Elyana beri sebab kenapa tutup komen di Instagram
![[VIDEO]Lelaki Tertinggal Anak Ketika Bawa Lari Motosikal Curi! [VIDEO]Lelaki Tertinggal Anak Ketika Bawa Lari Motosikal Curi!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/asbp/curimotor.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO]Lelaki Tertinggal Anak Ketika Bawa Lari Motosikal Curi!
Tertinggal anak ketika mencuri motosikal
![[VIDEO] Netizen Sakit Mata Lihat Gelagat Aliff Syukri & Baby Shima Menari Untuk Klip Video - “Makin Pelik-Pelik…” [VIDEO] Netizen Sakit Mata Lihat Gelagat Aliff Syukri & Baby Shima Menari Untuk Klip Video - “Makin Pelik-Pelik…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/aliff-syukri-baby-shima.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Netizen Sakit Mata Lihat Gelagat Aliff Syukri & Baby Shima Menari Untuk Klip Video - “Makin Pelik-Pelik…”
Netizen kritik Aliff Syukri & Baby Shima
![[VIDEO] Menyanyi & Bergelek Di Majlis Akikah, Ifa Raziah, Kak KM Dikecam Netizen - “Mana Nak Dapat Keberkatan” [VIDEO] Menyanyi & Bergelek Di Majlis Akikah, Ifa Raziah, Kak KM Dikecam Netizen - “Mana Nak Dapat Keberkatan”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ifa-raziah-kak-km.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Menyanyi & Bergelek Di Majlis Akikah, Ifa Raziah, Kak KM Dikecam Netizen - “Mana Nak Dapat Keberkatan”
Ifa Raziah & Kak KM dikecam netizen

Kiambang Beracun | The Maid 2 - Episod 6
Kak Mel dan Fika intip pergerakan Kiambang. Mereka masuk kelas MMA yang diajar oleh Kiambang dan setelah melihat aksi Kiambang bertarung, mereka semakin yakin Kiambanglah pembunuh sebenar! Saksikan drama bersiri THE MAID 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas setiap Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 #DramaTheMaid2 #CintaDirampasDendamDibalas #GempakOriginalSeries #AstroRia

Siapa Sa'abon? | The Maid 2 Video Pengakuan - Episod 6
Sa’abon mati terkena kejutan elektrik dan suspek pembunuh masih tidak diketahui. Pelbagai spekulasi dibuat akibat kematian editor novel itu. Saksikan drama bersiri THE MAID 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas setiap Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 #DramaTheMaid2 #CintaDirampasDendamDibalas #TheMaidVideoPengakuan #GempakOriginalSeries #AstroRia

Pengakuan Amitabh Bachchan Kena Buli Cyber: “Gambar Saya Pun Kena Kutuk”
Amitabh Bachchan pun tidak terlepas mengalami nasib sama ; dibuli di alam maya.

Punyalah Cantik, Kekasih Ariel Tatum Pilih Curang Dengan Sesama Jenis
Kecantikan Ariel Tatum, pelakon, penyanyi dan model Indonesia ini selalu menjadi pujian dan dambaan banyak lelaki.

“Best, Santai Dan Dekat Dengan Kehidupan Kita” – Penonton Boleh Relate Dengan Mesej Yang Dibawakan Dalam Filem Kalut Nak Kahwin
Yang dah tonton Kalut Nak Kahwin semua seronok