Ernie Zakri Jawab Dakwaan Bakal Menikah Jumaat Ini Bersama Syamel
Asraf Aided
24/03/2021 14:50 MYT
24/03/2021 14:50 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tidak menafikan atau mengesahkan dirinya dan Syamel bakal bernikah pada Jumaat ini (26 Mac 2021).
Saat ditemui Gempak petang tadi, Ernie beberapa kali menegaskan tidak berniat untuk menyembunyikan atau merahsiakan khabar baik terutama mengenai majlis pernikahan mereka, namun dia dan Syamel sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengumunkan perkara itu.
"Semuanya masih dalam perancangan setakat ini, saya dan Syamel sedang menunggu masa untuk betul-betul mengumumkan perkara ini.
"Tiada istilah menyorok atau apa sahaja, dulu mungkin kami diamkan mengenai hubungan kami sebab mahu bertunang saja.
"Tapi bab kahwin ini perkara baik, saya harapkan doa yang baik-baik daripada semua," kata pemilik Vokal Terbaik Juara Lagu ini.
Dalam pada itu, Ernie juga menegaskan bahawa tiada istilah desas desus mengenai perkahwinan mereka.
"Tiada istilah desas desus, perkara ini tak perlu disorok pun, cuma kami hanya tunggu masa yang sesuai untuk umumkan.
Diminta kata putus sama ada mereka akan naik pelamin sekitar minggu ini atau tidak, Ernie enggan mengulas lanjut.
"Saya tak boleh beritahu," jawabnya ringkas sambil tertawa.
Sementara itu, menurut satu sumber, pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi pada awal April mendatang.
Terdahulu, pasangan penyanyi itu mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2020 dalam sebuah majlis yang berlangsung di kediaman Ernie.
Instagram: @erniezakri