Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ernie Zakri Kecewa Belakang Tabir Tidak Berjaya Mara Ke AJL39 - “Kita Kehilangan Satu Lagu Yang Bagus”

Asyraf Roslan
16/11/2024 01:55 MYT
Penyanyi, Ernie Zakri meluahkan rasa kecewanya apabila lagu suaminya, Syamel tidak berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Menurut pelantun lagu Aura itu, mereka telah kehilangan satu lagu yang bagus dalam pertandingan berprestij itu.

“Belakang Tabir. Dia tulis untuk saya.

“Sayang, kita kehilangan satu lagu yang bagus.

“Saya tidak cuba bertindak berat sebelah cuma menyatakan fakta,” kata Ernie menerusi satu hantaran di laman X usai keputusan penuh lagu yang layak mara diumumkan.

Pada masa sama, peminat juga menyatakan rasa kecewa kerana lagu tersebut tidak terpilih untuk bersaing di pentas AJL.

“Kecewa ye belakang tabir tak pegi AJL.

“Kinda expect belakang tabir to be in final also kak ninie, sayang sangat.
“Belakang Tabir deserves better,” ujar netizen.

Sementara itu, ada juga netizen yang mencadangkan agar Ernie bertukar tempat dengan suaminya itu.

“Tukar dengan Aura lah sis” kata netizen.

“How i wish,” balas Ernie ringkas.

Untuk info, 10 lagu yang menempatkan diri ke AJL39 adalah lagu Sengaja nyanyian Amir Masdi, Puas Sudah nyanyian Aina Abdul, Aura nyanyian Ernie Zakri, Terus Bersinar nyanyian Hafiz Suip.

Saksama (Akim & The Majistret), Hening Rindu (Marsha Milan), Pujaanku (Masdo & Aisyah Aziz), Bukan Lagi Kita (Nadeera), Risiko (Benzoloo, Tuju, MK-Kclique) dan Diam (Hael Husaini) turut menepati ramalan layak ke AJL39.

Lebih menarik dan hangat, buat kali pertamanya Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir mempersembahkan hanya 10 lagu terbaik sahaja akan terpilih untuk bersaing di pentas AJL 39.
#Syamel #Ernie Zakri #AJL39 #Belakang Tabir
;