Ernie Zakri Perkenalkan Anak Nur Khawla Soleha

Syafiqah Jalal
Mac 2, 2022 11:16 MYT
Selepas melahirkan cahaya pertamanya pada 22 Februari lalu, penyanyi Ernie Zakri memperkenalkan nama puterinya.
Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, memberi nama kepada anak perempuanya sebagai Nur Khawla Soleha.
Isteri kepada penyanyi Syamel itu berharap agar anak sulung mereka menjadi anak yang soleh dan hidup diberkati Tuhan.
“Assalamualaikum. Welcome to the world, Nur Khawla Soleha. Semoga menjadi anak solehah Daddy dan Ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah swt,” tulisnya.
Ernie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik foto tangan anaknya yang dipegang.
Kemas kini itu telah mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata telah memuji nama yang diberikan.
“Such a beautiful name, Khawla,” puji salah seorang pengikutnya.
“Indahnya Nama,” kata salah seorang warga maya.2
“Tahniah Ernie sedapnya nama dia khawla soleha semoga menjadi anak yang solehah penyejuk mata ibu dan ayah,” ucap salah seorang netizen.
Sekadar info Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga 26 Mac 2021.
#Penyanyi #Anak #Syamel #NAMA #'Ernie #Zakri