Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Ernie Zakri & Syamel Kahwin Tahun Depan - "Dia Ada Ciri-Ciri Suami Idaman Saya..."

Zulaikha Yusof 17/07/2020 | 07:35 MYT
Penyanyi Ernie Zakri mendedahkan akan menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan jika tiada halangan.
Kata Ernie, tahun ini dia akan memberi tumpuan kepada keluarganya dulu.
"Umur saya dah 28 tahun. Saya rasa patut menamatkan zaman bujang. Insya-Allah doakan saya, mungkin tahun depan.
"Perancangan dah ada cuma sekarang ini fokus utama adalah keluarga. Dalam keluarga, hanya saya yang belum berkahwin.
"Jadi, ini masanya untuk saya jaga kedua-dua ibu bapa dan fokus saya adalah untuk mencari rezeki.
"Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, banyak yang berlaku dan sekarang masanya untuk kita susun semula kerja-kerja yang tergendala.
"Untuk meletakkan satu tarikh yang pasti itu tidak boleh, kena ada perancangan dulu," katanya kepada Gempak.
Ernie ditemui pada majlis pelancaran platform digital Nurflix di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong semalam.
Dalam pada itu, pelantun lagu Gundah itu tidak menafikan calon suaminya adalah rakan seperjuangannya, Syamel.
"Dia ada ciri-ciri suami idaman saya, cuma kami belum mengenali satu sama lain dengan cukup mendalam.
"Yang pasti, ciri-ciri utama adalah dia menghormati ibu bapa saya. Saya pun tak nak komen lebih.
"Dah alang-alang kita di rumah Allah, sama-sama kita aminkan," katanya lagi.
Terbaru, Ernie bakal muncul dalam program terbaru Nurflix, berjudul The Khadijas bersama beberapa barisan selebriti yang lain antaranya Diana Amir, Sherry Alhadad, Ernie Zakri, Wany Hasrita, Lufya Omar dan ramai lagi.
#Kahwin #Syamel #Ernie Zakri #Kahwin
;