Laman Utama

Ernie Zakri Tak Salahkan Nadeera - “Kami Tiada Isu, Dia Mohon Maaf Begitu Juga Saya”

gempak
Mya Amri
18/12/2023
00:55 MYT
Sponsor Banner
Ernie Zakri Tak Salahkan Nadeera - “Kami Tiada Isu, Dia Mohon Maaf Begitu Juga Saya”
Penyanyi, Ernie Zakri menyatakan dia tidak menyalahkan Nadeera Zaini berhubung isu lagu Astana yang menjadi kontroversi di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38).
Menurut Ernie, Nadeera ada menghubunginya menerusi mesej pesanan ringkas (DM) di Instagram untuk memohon maaf.
“Saya sudah berbincang dengan Nadeera tentang perkara ini dan sudah selesai. Saya menghormati dia untuk menyanyikan lagu ini dan saya hormati dia apabila dia kata tidak tahu tentang perkara ini.
“Kalau saya berada di tempat Nadeera pun saya akan menyanyikan juga lagu Astana. Tiada apa yang harus dipersalahkan, kerana Nadeera hanya menggalas tanggungjawab.
“Dia ada menghubungi saya di DM Instagram sebab dia tidak mempunyai nombor saya. Mesej yang panjang. Saya percaya dia mesti sedih,” ujarnya.
Ernie berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM) hari ketiga yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam pada Ahad.
Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Ernie berkata mereka berdua tiada sebarang masalah dan menyatakan hubungan dalam keadaan baik.
“Saya dan Nadeera tiada sebarang isu. Kami sudah berbaik. Dia cakap maaf dan saya juga cakap maaf. Kami berdua tersepit sebab tidak tahu apa yang berlaku.
“Kami hanya mencari makan, kami hanya penyanyi. Saya kalau jadi Nadeera, bagi lagu apa pun saya nak nyanyi. Kami bina hubungan yang baik semula,” katanya.

BERITA TRENDING: "Saya Tak Pernah Cakap Tak Nak Nyanyi Atau Tarik Diri" - Ernie Zakri

Terdahulu, ketiadaan nama Ernie Zakri selaku penyanyi asal lagu Astana pada pengumuman 30 lagu yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 38 menimbulkan persoalan dalam kalangan ramai.
Susulan itu, nama penyanyi Ernie terheret apabila didakwa menarik diri daripada menyanyikan lagu Astana yang juga ciptaan bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman.
Untuk rekod lagu itu dicalonkan selepas Ernie menyertai syarikat rakaman Universal Music Malaysia pada Julai lalu.
Ernie adalah penyanyi asal serta penulis lagu Astana bersama dengan Omar K, Syamel dan Shazriq Azeman yang tercalon ke Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) ke-38 seperti yang diumumkan pada majlis sidang media yang dianjurkan oleh TV3 pada 10 Disember lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live