Erra Fazira Doakan Engku Emran, Noor Nabila - “Didoakan Yang Terbaik & Terbahagia Buat Pengantin Serta Anakku”

Fiza Kamarudin
Mac 20, 2021 02:49 MYT
Primadona filem Melayu, Erra Fazira mendoakan kebahagian rumah tangga bekas suami, Engku Emran Zainal Abidin dan Noor Nabila.
Selain itu, Erra turut mengucapkan tahniah kepada bekas suami dan pasangan pilihan hatinya yang sah bergelar suami isteri pagi semalam (Jumaat).
“Tahniah kepada kedua mempelai. Didoakan segala yang terbaik dan terbahagia buat pengantin serta anakku,” katanya kepada Gempak.
Pernikahan Engku Emran dan Noor Nabila merupakan kali ketiga buat kedua-dua mereka.
Erra berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014.
Pasangan itu dikurniakan anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.
#Erra Fazira #Engku Emran #Engku Aleesya #Engku Emran Kahwin Noor Nabila