Laman Utama
Erra Fazira Kongsi Fangirl Momen Dengan Datuk Lee Chong Wei - “Pukul Bola Tak Kena, Ambil Gambar Malu”
Penyanyi dan pelakon Erra Fazira tidak dapat menyembunyikan rasa teruja sewaktu berpeluang bertemu dengan idolanya iaitu raja badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Mengimbas kembali kenangan tersebut, Erra menceritakan dirinya menjadi tidak tentu arah sebaik sahaja melihat kehadiran figura terkenal itu.
“Saya ni peminat DLCW tapi bila dia main kat gelanggang sebelah saya jadi jam! Nak pukul bola pun tak kena. Acanner tu? Buat malu je Fazira ni.
“Nak ambil gambar pun saya malu… Nasib baik la ada kawan yang memang sejenis bulldozer. Saya orang terakhir dapat bergambar dengan DLCW!
“Nasib baik ada topeng muka dapat lah lindung muka ku yang dah macam belacan kena bakar.
“Malu wey. Siapa yang kenal saya, tahu lahhh betapa pemalunya saya terutama dengan sesorang yang saya sangat kagumi,” coretnya.
Erra juga tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan dan usaha beliau mengharumkan nama negara.
“DLCW saya ini mengucapkan… Terima kasih dan tahniah atas semua pencapaian yang dikecapi seban tahun. Datuk memang membuatkan kami semua bangga,” tulisnya.
Sekadar info, Datuk Lee Chong Wei menjadi atlet pertama Malaysia yang memiliki patung lilin di Madame Tussauds, Hong Kong.
Malah filem Lee Chong Wei yang berkisarkan tentang kisah hidup beliau juga mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records.