HIBURAN
Erra Fazira Lebih Selesa Tanpa Tekanan Trend Pasangan Selebriti - “Untuk Pasangan Muda Bolehlah Kot…”
Pelakon dan pengacara, Erra Fazira mengakui tidak mahu terlalu mengikuti trend pasangan bercinta pada masa kini sehinggakan diberikan nama khusus untuk setiap pasangan.
Jelas Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, dia lebih selesa menikmati kehidupan dengan tenang tanpa perlu memikirkan perkara sedemikian.
“Untuk pasangan yang muda bolehlah kot untuk di shipkan atau menerima gabungan nama, sebab sebenarnya netizen yang lebih teruja apabila melihat pasangan yang mereka suka.
“Saya tiada kearah itu sebab saya rasa Allah sekarang sedang beri peluang untuk merasa fasa bertenang keranan masa muda-muda dulu nak kena sorok-sorok (perihal bercinta) sekarang adalah masa untuk tenang sahaja,” katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, Erra tidak menolak sekiranya ada pihak atau warganet yang memberikannya nama khusus buatnya dan juga Mr.E.
Kerana apa yang penting bagi pelantun lagu Pasrah itu, adalah doa daripada orang ramai.
“Saya rasa tiada masalah kalau nak bagi nama, tapi yang paling penting sekali mendoakan,” kata Erra ringkas.
Terdahulu,Tular di aplikasi TikTok dimana Erra Fazira dilihat kelihatan mesra berseloroh bersama jejaka yang dikenali sebagai Mr. E menerusi siaran langsung akaun TikTok miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Erra dilihat bersama pengasas Kueh Cafe iaitu Ezwan Zain membuat siaran langsung sambil mempromosikan jenis kuih yang ada di restorannya.
Sekadar info, Erra Fazira pernah dikaitkan dengan penyanyi Shahir Zawawi, yang kini telah mendirikan rumah tangga.
Dalam sejarah peribadinya, Erra mendirikan rumah tangga dengan pengarah Datuk Yusri Abdul Halim pada 2003 sebelum berpisah pada 2006.
Dia kemudiannya berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, yang kini berusia 16 tahun.
Namun, perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian pada 2014.
Must-Watch Video