Hiburan
Erra Fazira Pasrah Soal Cinta
Pelakon dan penyanyi Erra Fazira pasrah dan redha ketika ditanya mengenai soal cinta dan jodoh.
Pemilik nama penuh Fazira Wan Chek, 43, ini menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan takdir.
"Bukan saya tak mahu mengenai soal cinta, tetapi saya sudah pasrah. Saya sudah tidak mahu meletakkan fokus terhadap perkara tersebut.
"Sebagai seorang wanita, jodoh bukan urusan saya. Saya redha menerima ketentuan jodoh, cepat atau lambat.
"Kalau saya mahu menanti jodoh, sampai bila? Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada apa yang sudah ada di depan mata, seperti karier dan bidang perniagaan," kata Erra kepada Astro Gempak.
Tambah Erra, dia mahu mengambil pendirian 'go with the flow' dan enggan terlalu meletakkan fokus untuk mengakhiri zaman solo.
"Sebagai manusia, semuanya pasti ada keinginan untuk berpasangan. Namun begitu, jodoh bukan urusan manusia untuk menentukan.
"Sebagai manusia biasa, ada baiknya saya serahkan kepada ketentuan takdir. Saya mahu 'go with the flow' sahaja," katanya ketika ditemui di acara Soal Hati Erra Fazira di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Acara tersebut memperkenalkan Erra sebagai duta kepada suplemen kesihatan Triple White.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Must-Watch Video