Erra membuat ucapan tahniah menerusi laman sosial Instagram (IG)nya beberapa jam selepas Emran dan Bella diijabkabulkan.
Di dalam ucapannya, Erra mengucapkan semoga hubungan Emran dan Bella berkekalan hingga ke jannah.
Ibu kepada Engku Aleesya ini turut menitip pesanan buat anak kesayangannya itu.
Sementara itu di ruangan komen, para pengikut Erra turut mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai selain turut mendoakan primadona filem melayu itu menemui kebahagiaan.
Agak comel apabila Rozita Che Wan yang juga gandingan Erra dalam program bual bicara Primadona turut meninggalkan komen 'nakal' buat sahabatnya itu.
Selain itu, rakan-rakan selebriti turut meninggalkan komen kepada Erra.
Antaranya, pelakon Siti Elizad dan penyanyi Siti Nordiana.