Erysha Emyra Kongsi Keadaan Noniswara Baru Habis Tempoh Edah
Asyikin Mayudin
01/03/2024 06:55 MYT
01/03/2024 06:55 MYT
Pelakon Erysha Emyra memberitahu ibunya yang juga pelakon Datin Seri Noniswara dalam keadaan baik dan baru sahaja habis tempoh edah sekitar dua minggu lalu.
BERITA TRENDING: “Saya Pun Tak Kisah Kalau Bermadu Pun Apa Salahnya,” - Noniswara Jawab Isu Gelaran ‘Datin Seri’
Menurut pelakon drama Chinta Wrong Direction Chinta Wrong Direction, ibunya tidak sabar untuk bertemu dengan orang disebabkan lama terperap di rumah sahaja.
“Mak saya baru saja habis edah, saya rasa dalam seminggu ke dua minggu lalu. So far, she is doing good… Alhamdulillah. Cuma, yela dia macam nak keluar jumpa orang.
“Sebab dah lama sangat duduk rumah kan. Tapi so far Alhamdulillah, she is okay,” kata Erysha kepada Gempak.
Erysha ditemui ketika majlis sidang media Ramadan Astro yang diadakan di M Resort & Hotel, Petaling Jaya pada Khamis.
Pelakon berusia 25 tahun ini juga berkongsi keadaan ibunya ketika menerima pelbagai kecaman disebabkan isu didakwa isteri kedua kepada arwah suaminya.
“Dia okay… dia seorang wanita yang kuat dan tabah. Dia boleh saja (hadap kecaman),” ujarnya.
Dalam pada itu, Erysha berkata biarpun dia tidak dapat meluangkan masa dengan ibunya ketika arwah bapa tirinya meninggal namun mereka kerap berhubung melalui panggilan telefon.
“Bila seorang ibu kehilangan suami, sudah tentu saya akan cuba sedaya upaya untuk berada disisinya. Memang masa, ayah tiri saya meninggal, saya terus masuk set.
“Tak sempat nak luangkan masa bersama mak tapi kami banyak berhubung melalui panggilan telefon,” ujar Erysha.
Erysha turut memberitahu hubungannya dengan isteri kepada penyanyi MK K-Clique iaitu Siti Hajaar yang juga adalah adik-beradik tirinya baik sahaja.
Suami kepada Noniswara iaitu usahawan Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad meninggal dunia pada 1 Oktober tahun lalu.
Untuk info, Noniswara berkahwin dengan usahawan berkenaan sejak tujuh tahun lalu yang merupakan perkahwinan ketiganya.