Pelakon Syatilla Melvin mendedahkan anak sulungnya, Syeriv Samheizy semakin obsess dengan figura Dinosaur.

Syatilla berkongsi perkara itu menerusi video pendek di akaun Instagramnya semalam.

Video tersebut merakamkan gelagat Syeriv yang sedang asyik menyusun beberapa figura dinosaur di atas sebuah meja kecil di dalam sebuah bilik.

“Duk buat muka cekang plak dah? @syerivsamheizy,” tulisnya ringkas.

Duk buat muka cekang plak dah? @syerivsamheizy

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya terhibur mendengar leteran Syatilla kepada Syeriv di dalam video tersebut.

“Hahahahahah bernikah dengan dinasour, bertelur ramai-ramai kelakar la,” tulis @mrszjex

“Tudia mak hg kalau berletiaq,” komen @nurulasniza1980

“Ang cakap sebiji orang Kedah eeh seronok dengaq kita ni dah 22 tahun kat Selangor payah nak dengaq bunyi lograt kedah nie rindu sangat-sangat,” tulis @syaaaaahirahhhhh

Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017 dan Sarima Samheizy pada 17 April 2019.

Foto: Instagram @samtilla