gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Anim Ezzati Anggap Anak Tak Sepatutnya Benci Ibu Sendiri - “Apa Jadi Dengan Life Korang Sampai…”
HIBURAN
Zehra Zambri Lega Kes Cerai Capai Kata Sepakat - “Tapi Tak Dapat Selesaikan Hari Ini Kerana Keadaan Saya Tidak Suci”
HIBURAN
Esok Birthday, Anna Jobling Masih Kunci Mulut Kemelut Dengan Ibu... Netizen Luah Simpati - "Kasihan, Anak Tunggal Bapa Dah Meninggal ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Esok Birthday, Anna Jobling Masih Kunci Mulut Kemelut Dengan Ibu... Netizen Luah Simpati - "Kasihan, Anak Tunggal Bapa Dah Meninggal ..."

Umirah Halim
Umirah Halim
13/08/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Esok Birthday, Anna Jobling Masih Kunci Mulut Kemelut Dengan Ibu... Netizen Luah Simpati - "Kasihan, Anak Tunggal Bapa Dah Meninggal ..."
Kemelut yang melanda pelakon popular, Anna Jobling, bersama ibu kandungnya, Ariz Arop, terus menjadi bualan hangat di media sosial apabila ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib aktres itu.
Lebih memilukan, konflik tersebut kebetulan berlaku ketika menghampiri tarikh ulang tahun kelahirannya iaitu esok.
“Sedihnya jadi Anna Jobling. Anak tunggal, bapak dah meninggal. Esok birthday dia, tapi dia kena hadap macam ni. Tapi dia tetap pilih untuk diam,” tulis seorang pengguna media sosial di platform Thread.
Sementara itu, rata-rata warganet berpendapat isu sebegini perlu ditangani dengan cara berhemah, apatah lagi jika melibatkan anak yang sudah dewasa.
“Kepada mak-mak di luar sana, kalau anak dah umur 17 tahun ke atas, dah tak sesuai nak pukul. Lagi-lagi kalau dah 20 tahun. Tak perlu sampai pukul lebam-lebam. Kalau perkara kecil, nasihat saja,” komen seorang netizen.
Tidak kurang juga yang menegaskan bahawa Mahkamah tidak akan sewenang-wenangnya meluluskan perintah injunksi tanpa bukti kukuh.
“Mahkamah tak akan luluskan kalau tak ada bukti kukuh. Biar pihak berkuasa tentukan. Kita orang luar,” tulis seorang lagi.
Sementara itu, ada pula yang mengingatkan agar orang ramai tidak terburu-buru membuat penilaian terhadap Anna.
“Anak perempuan, seronok betul sesama perempuan judge Anna ni kan? Takkan saja-saja nak buat injunksi dan hakim senang-senang approve. Tunggu saja, lama-lama kita tahu apa sebenarnya berlaku.” komen seorang pengguna.
Terdahulu, kemelut hubungan antara Anna dan ibunya menjadi perhatian selepas tular rakaman video Ariz mendakwa dirinya dilayan hina, termasuk digelar seperti ‘anjing kurap’ serta diminta keluar dari kereta oleh peguam anaknya.
Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik gambar berada di balai polis, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen. Difahamkan, wanita itu mendakwa Anna tergamak memohon perintah injunksi terhadapnya.
Topic Berkaitan
#Netizen
#Birthday
#Ibu
#Anna
#Simpati
#Konflik
#Jobling
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement