Pelakon Kilafairy sekali lagi menarik perhatian umum apabila memuat naik sekeping foto memakai pakaian tidur.

Menerusi foto tersebut, Kilafairy mengundang komen-komen nakal netizen menerusi kapsyennya.

"I kalau tidur, tak boleh pakai long sleeves or long pants.

"Kalau pakai jugak, esok pagi bangun baju semua hilang. Ada selimut je," tulisnya di Instagram.

Selain perkongsian pengalaman sama seperti Kilafairy, ada juga segelintir netizen yang menyifatkan kata-kata pelakon itu bersifat 'double meaning'.

"Hilang baju? Sounds fun," tulis salah seorang pengguna.

"Siapa yang bukakan tu?" soal pengguna lainnya.

"Nak tidur sama boleh?" tambah pengguna lain pula.

Kilafairy sentiasa menjadi tumpuan mata keranjang menerusi pakaian dan kenyataan yang dikeluarkannya.

Malah, pernah suatu ketika anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu dilabelkan sebagai artis simbol seks.