Estranged Saman Wanita Tipu Konsert Di London RM100,000
Syafiqah Jalal
05/01/2017 05:02 MYT
05/01/2017 05:02 MYT
Kumpulan Estranged mengemukakan saman berjumlah RM100,000 terhadap seorang wanita yang cuba menipu dengan mendakwanya dirinya wakil penganjur Festival Rockfest anjuran Apple Music di Denmark Street, London, Britain.
Salah seorang ahli kumpulan Estranged, Solihuddin Hormat atau Din, berkata tujuan saman tersebut dikemukakan adalah sebagai ganti rugi kos persediaan yang dibuat oleh mereka.
"Sepanjang berurusan, kami pernah dua kali bertemu dengan wanita licik itu yang tampil dengan dokumen lengkap kononnya sahih daripada penganjur.
“Bagaimanapun, kami dapat hidu penipuannya apabila wanita itu membuat permintaan butiran peribadi yang kami rasa cukup meragukan.
“Buat masa ini, kami memang terputus hubungan dan dia menghilangkan diri tetapi masih aktif di laman sosial,” katanya.
Estranged turut dianggotai oleh Richael Lawrence Gimbang (Rich) dan Nor Hanafi Noor Hadi (Hanafi).
Kumpulan itu juga memberitahu mereka telah memfailkan saman terhadap individu berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Disember lalu.
Sumber: Utusan Online