Anggota kumpulan BtoB, Eunkwang dilaporkan bakal menjalani latihan ketenteraan pada 21 Ogos ini.

Berita ini disahkan sendiri oleh agensinya, Cube Entertainment.

"Kami buat keputusan untuk merahsiakan dahulu lokasi dan masa Eunkwang perlu mendaftarkan diri," kata wakil agensi.

Menurut agensinya, Eunkwang kesal kerana rata-rata peminatnya terkejut dengan rahsia tersebut.

"Saya telah berjanji banyak perkara dengan peminat tetapi tidak sempat ditunaikan.

"Saya berjanji selepas menunaikan tanggungjawab kepada negara, saya akan menunaikan janji yang belum ditunaikan," kata Soompi.

Eunkwang menjadi anggota pertama BtoB yang bakal mendaftarkan diri dalam latihan ketenteraan.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Soompi