Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

EURO 2024: Budak Terlepas Masuk Padang, Selfie Dengan Ronaldo Buat Perlawanan Terhenti Empat Kali

Maliah Surip
23/06/2024 12:50 MYT
Pentas Euro 2024 memang menghadirkan sensasi tersendiri sehingga ada yang sanggup membelakangkan etika atau menikmati perlawanan hanya untuk kepuasan peribadi.

Itulah yang terjadi sewaktu perlawanan Kumpulan F antara Turkiye dan Portugal berlangsung.

Kerancakkan perlawanan terhenti sebanyak empat kali dengan salah satu daripadanya menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki masuk ke dalam padang lalu mengambil selfie bersama Ronaldo!

Malah jelas di kaca televisyen, Ronaldo berhenti bermain lalu tersenyum sambil berselfie dan memeluk kanak-kanak itu yang membuatkan stadium riuh rendah.

BERITA TRENDING: EURO 2024: Cristiano Ronaldo Naik Meluat Dengan Peminat?

BERITA TRENDING: Cristiano Ronaldo, 39 Tahun, 14 Kasut Emas!

Paling tidak masuk akal dan kelihatan lucu apabila pengawal cuba menangkap budak lelaki yang dianggarkan berusia lingkungan 10 tahun itu berlari keluar padang cuba menyelamatkan diri daripada ditangkap.

Insiden tersebut berlaku pada minit ke-70 perlawanan berlangsung.

Kanak-kanak itu tanpa rasa bersalah membuat percubaan menceroboh padang 15 minit kemudian namun tidak berjaya.

Malah terdapat dua orang peminat juga cuba melakukan tindakan bodoh saat perlawanan berlangsung untuk mengambil gambar bersama Ronaldo yang sedang bermain di dalam padang.

“Adalah menjadi keutamaan kami memastikan sikap peminat terhadap para idola mereka.

“Insiden seperti ini tidak patut berlaku. Ada ramai pengawal dan bagaimana ia boleh terjadi. Ini bukan cara yang betul untuk seorang peminat bertindak,” komen Pengurus Portugal, Roberto Martinez seperti dilaporkan ESPN.

BERITA TRENDING: Ronaldo Beri Mangsa Gempa Bumi Maghribi Menginap Di Hotel Miliknya

BERITA TRENDING: Followers Cristiano Ronaldo Baru Sahaja Cecah 600 Juta… Siapa Lagi Individu Dengan Pengikut Terbanyak?

#Viral #Selfie #Ronaldo #Euro 2024 #Padang